Sunday, 9 October 2011

Fadhilat ayat KURSI

 Assalamualaikum w.b.t. Da lame sgt asenye x update status kat blog n. Maklumlah bz jgk ngan hal-hal lain. Tapi kali n saya nk kongsi tentang kelebihan ayat Kursi yang wajib diamalkan oleh setiap umat islam. Banyak syafaat yang terkandung dalam ayat suci yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk umat-umatNya. 


Ayat Kursi.jpg



Bermaksud:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi-Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yang boleh memberi syafaat kecuali dengan izin-Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan di belakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmu-Nya sedikit jua kecuali yang dikehendaki Nya. Lebih luas kerusi-Nya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi-Nya memelihara kedua-Nya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

God, there is no true worship only Him who is self-sufficient life and has never beenafflicted sleepy and never sleep, for him that is in heaven and on earth, no one canintercede except by His permissionHe knows everything that happens in front of themand behind themNor did they include some of his knowledge required whatsoeverexcept him. Wider seat of the heavens and the earthHe would not be hard to keep His secondIt's the Most High and Almighty.


Di antara kelebihan ayat Kursi ini ialah:

    1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk  atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudaratkan. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman
    1. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai nikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, dipelihara dari segala bencana dengan izin Allah S.W.T.
    1. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah R.A, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari adalah      benteng pertahanan Rasulallah S.A.W.
    1. Syeikh Abul ‘Abas AlBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak kiraan kata-katanya (50 kali), ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka insyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan pemahaman pada setiap pelajaran yang dipelajari.
    1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Allah akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
    1. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Allah akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, dimurahkan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
    1. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya hingga pagi.
    1. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk ke rumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
    1. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jemaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudaratkannya
      1. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi Al Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Quran 


    Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia
    Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”

    Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”

    Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
           Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Quran itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

    Islam itu indah

    RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

    Thursday, 28 April 2011

    ade ke patut?

    Cite yg sy nk publishkan n asenye mmg patut utk pengetahuan umum terutamanya peniaga kedai makan.
    Lau nk untung pun tlg la jge kualiti makanan yg nk dijual. Bkn pe, t elok2 customer nk dtg mkn lg trus reject kan da rugi. Sy nk story ckit sal kjdian smlm yg menyakitkan jiwa & raga.

    • Pagi
    Besa la bile da kje opis hour dlm kol 1030 sy g kuo mkn ngan mmber satu tmpt kje , kbtulan ktorg bedua je yg nk mkn time tu, so dgn kmudahan yg ade ktorg pun memecut la ke tmpt yg nk di tuju. Kbtulan plak kdai yg ktorg slalu mkn ttup, ish mne lak pegi akak2 yg handle kdai tu, n msti dowg de pojek bek punye kempunan nk mam smbl belacan yg power sprti power rangers ley wat sape2 yg mkn ase ktgih gler. Adoyai trpksa la ktorg ke tmpt len yg lbih kurang 5 mnit (lau merempit) jaraknye. Memandgkan mknan sume da abih yg tggl juz roti canai je , so roti pun roti la drpd perut lapo. Sye  oder la roti 0 ngan milo + air suam, yg kwn plak oder roti telo + air suam. So x eran la dgn menu yg ktorg oder tu. But yg erannye air suam ktorg dpt sowg 1/2 gelas je. Reason yg pekedai tu bg kat ktorg ialah "air suam da abih n je yg tggl", uwaaaa.... so sad.
    Ade lg yg lebih hebat & lebih mnrik dr tu, air suam yg ktorg dpt sowg 1/2 gelas tu berkeladak plak. Perghhhh... mmg potong slera tol, tp sek bek kedai runcit sblh   gerai mkn tu so pe lg ktorg bli mineral water je la. Tp smpai ke ptg pun asik trbyg2 je keladak yg sdg brsukaria dlm gelas tu.

    • Malam
    Da mlm lapo la plak ase perut n, mne tak nye pg td juz mkn roti canai tok alas perut. Dengan skyline yg ade ktorg memecut plak ke bandar Kluang mncari pot tok isi kantung perut. Niat di hati tingin nak makan tom yam campur so pusing punye pusing kedai yg nmpk hebat tu plak ttup, frust lg. Laz2 g sggh mkn kat kwsn deretan gerai btol2 dkt trafic light smpg empat. Menu mlm n tom yam campur + sup ayam + sotong goreng tepung +  fresh oren + apple juice, n lg satu mslh BESO mne taknye oder mkn pkul 830 air smpai kol 850 but it's ok.
    Smbil2 lyn buletin utama smbung ke rncngan 999 bru la tom yam + sup ayam smpai, tp sblm mknan yg ktorg smpai ade suara yg x puas ati dgn servis gerai trsebut. Ye la kowg bygkan nk tggu air smpai pun amik mase yg lme. Yg bersuara tu plak dtg lmbt drpda ktorg satu fmli yg klau dilihat mereka dr kelurga yg warak. Mcm2 ayat  yg kurang sedap keluo dr mulut diowg, sye pndg keliling kbnyakan pengunjung juga msih mnggu mkanan yg dioder. Lalu fmli trsebut beredar hnya dgn meminum air saje. Bile di fkir x ptut jge fmli tu kluokan kata2 kesat, tp peniaga tu pun slh jgk, ntah la lu fikir r sndri (yg pnting sabar sye msih ada lg).

    sekadar  gambar hiasan
    Time to eat..... tgok sup ayam nmpk menarik dgn linangan kuah yg nmpk likat dimulakan dgn bacaan bismillah sup trsebut dihirup  kwn sye menggunakan muncung bibir yg mungil (hahaha jgn mare). Ttbe je dy trus stop x smpt sesudu sup masuk mulut, upenye sup tu hanyir ayam x dibasuh bersih srta ayam dlm sup x ckup msk bluweeekkk . Now time sye plak ase tom yam campur wow hebat la tukang msk n, msk tom yam x pakai daun limau purut pun, msti dy de cara len tok wat ase tom yam n sedap dgn hny 3 btg serai serta sotong cikit + udng 3 ekor + isi ayam = tom yam campur. Tp sgkaan sye meleset sama skali nk tau ape ase tom yam n? ermmmmm.. ase mcm kuah yg  penuh dgn udang kepai (udang kering). Ckit pun xde ase tom yam , ok ktorg da ke tepikan kedua2 menu td, skg time tok ase sotong grg tpung plak. Rangup (mmg bez lau rangup mkn pns) tp x memenuhi selera ktorg, dgn sos cili biasa yg brcmpur dgn air. Akhirnye ktorg wat kputusan tok byr pastu trus blah dr kedai tu. Ini lah yg prtama dan trakhr ktorg akan ke situ.
    Masa wat pmbyaran sye inform kat pekedai yg sup tu lgsung x bleh nk mkn coz hanyir tnpa byk ckp dy amik sup tu & tolak rm 4.50 hrga sup trsebut. Sye hnye prlu mmbyr rm 14.50 utk hrga menu yg len. Tp pg n sye menanggung derita cirit birit huarghhh x sggup asik nk brulang ke bank je. Kalau nk kaut untung pun bkn mcm n caranye. Owhhh nooooo k sye cau dlu tok urusan di bank.

    sekadar gambar hiasan